Jawapan praktikal untuk operator restoran yang sedang menilai platform ini.
Pemilik cipta meja, setiap meja dapat token QR unik, dan pelanggan imbas untuk buka menu meja tersebut lalu hantar pesanan terus ke aliran dapur/kaunter.
Buat masa ini, bayaran pelanggan di outlet diurus oleh kasir (tunai/kaedah kaunter) dan direkod terus dalam sistem. Bayaran online yang tersedia sekarang adalah untuk langganan SaaS tenant melalui Billplz/ToyyibPay.
Tenant memilih tempoh pelan (6/12 bulan untuk pembaharuan), harga dikira mengikut tier jumlah meja, dan status langganan dikemas kini selepas callback pembayaran disahkan.
Route operasi akan bertukar kepada mod baca sahaja. Pemilik masih boleh akses route bil dan pembaharuan untuk aktifkan semula akaun selepas bayaran pembaharuan berjaya.